Tuesday, June 30, 2009

[Co-pilot]

Dengan tajuk diatas, uols agak2 tau tak ape function nyer?




Ekekeke.. ai memang tak layak kot bergelar co-pilot.. Mau meradang liq dibuat ai nanti

Begini al-kisah sebenar..

Ai ni tak la rajin ukur jalan. Tak jugak rajin ukur tiang..

Ai selalu sangat phailed to be a gud co-driver [hah! Kan ai dah cakap tadi]

Selalunya bila jalan-jalan naik kereta, ai suker pandang kiri kanan mcm orang jakun.. Tapi kalau naik LRT tak de la buat muka spastic dan ala2 horrible punya muka!

Ini kisah benar..

Seringkali ai ngantuk bila jalan dekat highway atau journey yang ngambik masa sejam lebih.. [serious, setan suka sangat gayut kat mata ai nih]

Ini mungkin kerana proses sentuh-menyentuh terbatas.. [yer la kan, liq ada sebelah tangan je nak belai2 ai..] sebab tu ai mengantuk bila mana duduk di seat co-driver tanpa ada yang memanaskan apa yang patut. Kekeke.. :p

Tau tak ape liq suruh ai buat masa gi jeram dulu?


Liq suruh ai baca sign board untuk dia..

Wahh!!! Tanpa perlu batang mancis untuk menahan kelopak bijik mata dari tertutup, ai pun membaca dengan lantang.. [satu kereta boleh dengar tau!]

“Aha.. signboard kat depan 70kilometer sejam.. sebab situ kawasan kemalangan.. Sila jangan bawak mcm lipas kudung!” Another one.. kampong kelip-kelip 15kilometer lagik.. “Hah! Kita dah nak sampai..” teriak nexus kegembiraan.

Guess wud? Ada jugak signboard yang ai tak paham.. tapi ai bacakan jugak ok?!

Last sekali hah! Kampong kelip-kelip sila belok ke kanan..

Jeng jeng jeng…

Sepantas kilat liq membelok tanpa ragu-ragu..

“Ehh! Ni kawasan rumah orang la sayang..” <-- kata liq..

Ape lagik?! Ai gelak besar ler.. muahaha.. [dengan kereta2 yang folow weouls pun terbabas sama]

Sape suruh ai baca signboard kan? Ai pun main bedal ikut aje la arahan papan tanda tu..

dah arrow dia ke kanan.. salah ai ke? Ekekekek..



moral of the stroy : jgn ada yang ingat orang celik IT tau ape makna signboard tu..

kekadang ai pun sengal jugak. lalala.. [sila jgn senyum2 kambing pada nexus ok?!]

[Spanaring]


Hi gurls,

Recently ai nengok few dvd senget.

And… I keep thinking about this topic.. ai tau uols mungkin pernah berhadapan dengan dilemma sebegini..

Uols meet a gurl, start baik dengan gurl fwen orang, uols start ada perasaan terhadap si dia lepas jumpa beberapa kali, getting know each other very well during uols berdating..

then she admit that she oredi in a relationship with somebody..[<--nexus la tu] and uols start chasing that gurls fwens and last result pulak “uols tak bertepuk sebelah tangan..”


Woooohaaa!! Dat’s hot!

Hah! Sape orang tu?! Kekeke.. [ai tak tunding jari kat sape2 ockey?]

Juz kat kopitiam nexus saje..

Uols tau tak? Berhadapan dengan situasi mcm ni sangat la thrill dan menyakitkan bila end up best men tak win?! Eheheh..

Ai tak de sexpirience.. <--nexus tipu


tapi ai refer kat my life saje.. someone yang pernah.. pernah la ada lalu depan ai, rasa sakit sebab ai memang dah ada liq at dat time.. [red label, u know dis gurl lah]

**Sorry to my dear, tak ada niat apa2 atau sebarang ingatan lebih2..**

And..


Wud i’d like to advice uols is : as long as u’re not spanaring ur best fwen gufwen, it’s ok la kot.. tapi uols kena la bersedia untuk rasa sakit tu.. [ai tak rekemen ok?]

Glup!

It’s all karma, kalau uols BERJAYA dapat dat gurls sekalipun, sape tau satu hari nanti dia akan tinggalkan uols mcm tu jugak.

sekian.





Notakukukakiku :Untuk itu, biar lah dia benar2 available atau kosong untuk di kejar..

Monday, June 29, 2009

[It’s about me, me and me]

Lez gurls.

Sering kali kita dengar cemuhan orang terhadap orang2 senget.

Sering kali dicaci maki sebab hidup tak normal.

Sering kali disalah erti merosak kan minda dan peribadi..

Tapi ade ke uols nak fikir tentang hati dan perasaan yang abstrak tu, “tlah jatuh cinta tanpa kenal sempadan dan siapa pun jantinanya?”

Umum telah mengetahui akan adanya batas2 berupa agama, adab dan budaya. Tapi masih ada lagi yang tak mengetahui disebalik batas2 itu juga, rasa itu [cinta kau dan aku lah yang sesame jenis nih] tak boleh disekat-sekat?..



Owhhh.. meroyan syudah!

Ai hargai kalau2 ada orang yang nak betul kan hidup ai. Tapi hati ai masih lagi ada rasa cinta pada kaum hawa, ai minta respect the way ai respect uols lah..



Akhir kata : tak payah renungkan.. just admit kewujudan orang2 senget sudah memadai.

Sekian.. tak nak terima syudah! Salam muhibbah.. bulei gitu?!

[Shopping yada yada]


I knoe.. weird kan bunyi title ai kat atas tu..

Semalam, while i’m surfing, ai jugak pasang telinga dan mata dok dekat ngan liq & EL.. sedang deyouls bergossip pasal jualan murah, (yer la kan.. semalam ai baru balik dari beli baju keje) terus menjadi topic “hari2 nampak sale”. Duit aje tak de nak gi shopping setiap hari.. kan?!

Pernah ke uols nampak kat kl nih, yang takde musim sale? Ai rasa KL, memang sentiasa tergantung banner Year End Sale lah.. Last day sale lah.. Closing sale lah.. kan?! Nasib tak de banner “Shopping till U drop!”

Pergghhh..

Ai akui, ni memang strategi deyouls nak memikat hati pelanggan. Even giant kecik ngan giant besar pun nak compete sama. [bersaing sape yang dapat buat sales lebih banyak..] Kan tipah kan?!

Ni apetah lagi sesame gedung jusco compete tesco, giant compete Carrefour.. lagi la gila2 punya bersaing.

Ape je yang tak sale kat kl nih? Spender pun sale! Upss.. yang mana ada brand tu mcm triumph, jgn la harap harga dia jatuh.. sikit punya kurang pun susah.. Cis!

Apa pun, ai jeling2 dulu poket ni.. lambung2 dulu bekas tin tu… kalau bunyi ting.. ting.. ting.. [tu bukan bunyi loceng beca buruk la..] tu bunyi duit syiling ai banyak dalam tabung.. kalau cam tu, ai terpaksa la tanam sayur kat belakang umah.. nanti bila dah banyak, sebelum gath sengetians berlangsung, ai shopping lagi.. ~lalala~

Sekian.. ai balik dulu yer?

bye!

[Breakdown]

Halo gurls!

Maaf ler kalau ai tak tepati janji aritu. Ingatkan ada masa nak update blog. Ghupenye busy.

So, how’s ur weekend gurls? Ok kah?

Ai yang ter tak sengaja breakdown nak update blog ni sebab ai leka ngan liq. <--alasan nexus. [Sebenarnya ai gi shopping merabak kan poket..]

Selain itu, Wah! Tetiber pagi2 ahad banjir.. owhh.. sila jgn fikir ttg ai.

Ai masih period la.. hehe!

Liq tu yang dah pancutkan air.. dia terlepas hos mesin basuh.. ekekek..

Lepas tu, ai masih lagi dengan mood lepak2 baca surat khabar kelmarin. Nengok tuceng yang ai suke tu..[criteria tuceng yang ai sker: belang2 itam dan gebu dan comot di mata ai] comel lah gitu.. selama ai gi MV, ai tak berpeluang nak nengok tuceng kat pet world. Liq dah banyak kali janji, tapi bila dah abis shopping, tak pulak bawak ai jenguk tuceng. <-- merasa la nexus sound dalam blog.. hahaha.. :p

So, sape2 yang suka tuceng tu, jgn lepaskan pertunjukkan pet world Malaysia 2009 okeh?! Bayaran masuk rm 5 okeh?! Jgn tak bawak wallet pulak. Alasan tak diterima!



p/s untuk makan2 kat umah aritu, weouls would like to take this opportunity to thank uols for coming and make it so much fun! Segala kekurangan dalam majlis tersebut harap dimaafin. Weouls bebesar hati akan kehadiran uols. Semoga dimasa-masa akan datang, uols sudi menyinggah lagi. [Kalau hilang map, boleh gugel saje.]

p/ss special thank you : untuk kak N dan assistant yang membantu kak N memerap ayam. [if jual kat bazaar ramadhan ni, sure nexus beli] <-- tetiber ingat bulan puasa terus.. huahuahua..


till then, muah muah.. babai..

Friday, June 26, 2009

[Silent mode]

Hey gurls,

Sepi blog ai nih.. ntah ke mana nexus ni pergi kan?! :p

Harap2 uols semua sihat..

ai sakit perut la arini. Period pain.. selalunya kalau time2 mcm ni, ai hangin dengan liq. tapi bulan ni, ai diam aje.. mcm anak tuceng tak nak makan, tak nak main dan tak nak ke mana-mana..

Few days sblm period pinggang sakit, kepala sakit.. terus tukar mode silent gitu.

Cadangnya sebelum period ari selasa aritu, ai nak gi gunting rambut kat area mutiara damansara.. yer lah kan.. dah panjang dan rimas. [tu pun nak bagitau.. kekeke]

Mcm la tak de kedai gunting rambut kat area sri rampai ni erk?! Ahahaha.. banyak kedai kat sini, tapi ai prefer gi kedai kakak sendiri. Dapat free + massage sekali.. jimat rm 30 hengget tetiap bulan weyy!

Tapi bila dah period nih, jawabnya postponed 2 minggu lagi ler.. next week ai nak balik jenguk rumah..

Aha.. itu aje lah nak kasi warm up jejari ni menaip. Sekejap lagi, ai akan kembali dengan topic yang lain.

Sekian.

Tuesday, June 23, 2009

[Naise laptop concept]

Morning everyone!

AMARAN : Hah! Jangan cari kat pasaran plak.. sampai berjanggut tak kan jumpa!


mcm ala2 dapur memasak plak konsepnyer. ekekekek.


Ehh.. uols agak2 kalau dapat sebijik, malam2 uols tido peluk laptop tak?

Kekekeke..

Ai rasa baik ai beli makanan penuh satu cabinet dari ai beli laptop yang canggih manggih ni, yang harganya lepas setahun akan susut nilai.. kalau beli kek cokelat ke, beli big apple 2 dozen ke, beli jeruk pelam ke, boleh jugak mengkenyang kan nexus. Beli laptop? Asyik la kena marah dengan liq nanti.

Tu belum lagi kes laptop jatuh la, tertumpah Nescafe lah.. <-- nexus nih!, kena curik lah.. <--nexus lagik.. tak pon kena petir! Hahaha.. kan dah menjadi satu kerugian.

Betul tak kak kiah?! <-- jiran baru liq [hahaha.. memandai aje nexus ni]

ni konsep ala2 perisik gitu, tapi kalau keje biasa2 aje ndak dibuat, ape kejadah la nak dalam bilik gelap kan? lain la kalau jadi pak polisi atau private investigate.. baru la seswai!


haaa.. apa pun design yang selalu keluar.. satu jenama yang ai memang tabik spring! sebab sentiasa menawan ati semua orang..

cuba teka?!


ya betul!!! 100 markah! tepat sekali tekaan uols!


mesti la sony vaio aite?!


apa pun, ini sekadar konsep sahaja.. tak kuar lagi dalam pasaran. sila jangan menjejeskan air liur tu.. sila telan sekarang!

sekian.. trimasey!

Monday, June 22, 2009

[Cheap Virus]



Mas Cheap Virus!



ada ke yang nak gi bercuti time2 h1n1 ni?

Yang tak gi bercuti ni pun dapat penyakit. [tu kat sekolah.. apa cerita kan?]

Baik pergi atau baik tak pergi?

Pikir la sendiri.. cayanunalif ni jarang nak jaga hygine.. basuh2 tangan nih.. so that senang sangat merebak.. [ni my opinion]



Notakepalasengal : mungkin MAS nak cari untung kot, sebab tu dia jual tiket murs murs. Sekarang kan orang takut nak gi overseas.. kan labu kan?!

Sunday, June 21, 2009

[U knoe Who U Are]

**ai tujukan lagu ni buat ehem2.. semoga dia berbahagia selalu!**




Search

Rozana

Gadis idamanku
Hanya engkau yang satu
Hadir lah dalam mimpi mimpiku
Biar seribu biar ramai menganggu
Pada ku engkau lah Ratu

Sejak mula bertemu
Kau buat siangku sedingin salju
Dan malam jadi hangat
Sehangat cintamu...
Kasihku

( korus )
Rozana
Kau Gadis idamanku
Dua hati menjadi satu
Bila kita bertemu oh Rozana

Rozana
Gadis idamanku
Bila kan sampainya waktu
Kasih kita bertemu dalam cinta
Rozana





notakepalasengal : harap maaf, jika ada yang terasa.. ^_^" trimaseyyyyyy!

[Beard Papa's]



Eh! Ini tak de kena mengena dengan hari bapa.. Okeh!

Semalam kan.. nexus jenjalan sensorang kat mv. Walaupun ketiadaan buah hati, nexus tetap jalan-jalan sensorang.

Ai sebenarnya nak beli spender.. hahaha! :p

Tapi lain pula yang ai dapat..

Err.. ai nak sajez kat uols..

Pernah tak uols nampak beard papa's kat mv?



Haaa.. semalam ai bantai beli sekali 3.. 2 custard dan 1 cokelat..


ni ha salah satu beard papa's rm 3.80/bun


Sedap lah.. ai suka sebab dia tak berapa nak manis..

Ai beli jugak sekotak big apple.. dan sebakul ice cream robin dan potato chip [pengganti kepada ceklat] dan lagi dan lagi.. sampai 3 beg plastic makanan..

Ai rasa sampai kak kid pandang2 ai [mungkin dia nak tanya : nape ai tak beli satu jusco tu?!] hahaha..

Okeh.. tu je yg ai nak sajez buat masa nih.. buhbye!

[Sejarah Ketagihan Internet]



Hola..

Hi everyone! Mesti uols gumbira melayari weekend bersama-sama partner memasing kan?!

Ai jugak kesorangan 4 hari 3 malam tanpa ada yang menemani tidur malam nexus kecuali si dino busuk ai tu..

Oklah.. sementara melayan petang yang sunyi ni, ai nak recall balik sejarah ai ketagih dengan internet..

[Ya! walaupun liq tak ada 4 hari ni atau seminggu sekalipun, ai masih boleh hidup berfoya-foya dengan tangan penuh dengan makanan dan jugak surfing berjam-jam!]

Tak percaya kah?! Wahaha.. hanya raju yang kenal sama itu manikam.. [tetiba!]

Ai kenal email tahun 1998. cousin ai yang mula2 suruh ai buat email sebab dia rajin hantar berita sok sek sok sek sama ai.. tapi sekarang dia kat Riyadh tak pulak rajin hantar berita.. [cis!]

Tahun 2000 ai start study kat kl. Waktu ni ai rajin la main irc/icq. Tapi ai prefer icq berbanding irc. Pernah jugak join irc yang berunsurkan kaum2 senget nih, tapi ai tak serious dalam mencari kawan sengat. [in the closet lagi time nih]

Berlalunya tahun ai giler icq, ai tukar minat pada HYIP [program satu masa dulu mengkaya kan ai, time tu tak terpikir plak ngan halal @ haram nyer duit tu]

Dalam few months lepas insaf, ai terus terjebak dengan aktif di forum. Sampai lah aktif dalam forum sengetians tahun 2007..

Ai masih lagi giler ngan surfing kejadah nih.. [upsss.. takat ni alhamdulilah, ai jarang surfing video porn even kat rumah dulu ai sensorang]

Benda2 tu ai tak teringin bukan sebab tak de partner atau partner ai jauh. Tapi tak sampai seru kot nak nengok sensorang..

Sampai lah harini ai masih lagi giler surfing dan sangat tak boleh hidup tanpa ia. Dari jaring bertukar telekom [yang dail 1515] <-- yang ni hampeh giler pasal modem asyik la kena petir. Dah tu bertukar streamyx [pon same, modem kena petir] My mom sampai tak tau nak cakap ape bila waktu ai tido tak betul..

Kadang dengan internet ni, boleh buat life ai tunggang terbalik. Tido siang, tapi malam sampai ke subuh ai tercongok depan pc.

Ada ke raya-raya ai tak pedulik.. tak tido malam, tapi siang masih gi beraya sebab nak jaga hati orang tua. Surfing tetap surfing!

Balik dari umrah pun gitu.. adoiiii.. masa tu my aunty la sound. [balik2 aje terus bukak bisnes yer? huahuahua] padahal ai cuma aktif dalam forum. Ntah! Ai tak amek port.. ai teruskan aje ketuk ketuk keyboard tu..

Teruk kan? Hahaha.. liq pun tak tahan kalau tunggu ai surfing. Harus la dia mengamuk kalau ai khusyuk ngadap laptop nih. So, biasanya kat rumah kalau liq ada, laptop tu ai lempar jauh2.. hahaha.. [sebelum bos marah, baik ai sedar!]

Begitulah nexus yang tak reti nak sexcercise jari tuk masak.. [sebabnya uols sendiri dah tau. harharhar]

Itu aje rapuan kisah silam kenapa nexus suka duduk rumah. Sebab ada wifi.. tak kuar gi memana, tapi wifi ada ianya sudah pun melengkapkan diri nexus.. ~lalala~

Babai uols..

Friday, June 19, 2009

[Shal Sagan- I’ll Sleep Tonite]


Lagu ni dah lama liq bagi tuk ai..

Weouls speku dia senget masa AIM 16 mac lalu..

Cari lirik punya la susah.. urgghhh.. give up sudah..

uols jgn la terkejut. rambut masa AIM 16 aritu rambut dia pendek.. [lagi pendek dari rambut payed the mafia dan panjang sikit dari rambut liq]

Sape2 yang berangan dia berambut panjang tu, kirim salam aje lah.. ahahaha!

p.s i love liq.. ekekek.. upssss! ai tak dapat upload video music shal sagan. will upload it latter ok? adios!




notakepalasengal : rambut dia time panjang memang menampakkan dia hawtttt bangat!!! “purrrr..” sepatah kata cik dian! :p ekekek.. Tapi dah pendek, dia stok2 untuk mata ai aje lah.. muahaha..

Wednesday, June 17, 2009

[Sizzling Singget]


For just RM1, you could satisfy your hunger with our sizzling hot plate of four choices:-

* Beef Steak
* Grilled Lamb Chop
* Grilled Chicken Fillet
* Grilled Fish Fillet

You wouldn't want to miss it. Come and visit us today!

Sizzling Period: June 8 - 18, 2009
Monday - Thursday: 12pm to 3pm & 6pm to 9pm
Location: Lot G61, AEON AU2 Shopping Centre
Jalan Taman Setiawangsa (Jalan 37/56), AU2, Bandar Baru Ampang, Kuala Lumpur.


ini yang nexus nak try.. tapi liq tak sanggup nak beratur panjang.. adakah nexus akan ke sana esok petang tanpa liq disisi?

kita nantikan...



notakepalasengal : ai makan udang sekor semalam sebab craving sangat. sudahnya sakit tak blei tido.. padan muka ai yang degil kan?!

[Lover or Partner?]

wish ai can be as cute as this cat


As title.

Uols rasa yang mana satu yang uols nak? Lover (4 to 6 months couple) repeating and uols keep changing [mcm tukar baju]. Or a partner a.k.a ur soul mate forever?

ai rasa masing2 ada pendirian, and here is my opinion on this topic.

As for me, ai consider “long term” relationship. [Fyi, ai tak banyak experience cuz dengan liq adalah cinta ke 2 ai.] walaubagaimanapun, ai still anggap liq as my 1st love. Why? Dulu ai tak rasa partner ai betul2 in love with me. [Dia hanya nak ai more on sex] Sigh.. i’ve learn from my mistake.

Balik pada serious nyer ai dalam “long term relationship”. in my mind.. ai can see how committed ai am with liq.

Setiap partner mesti berada disisi yang tersayang aite? So, do ai. I’m trying my best to be with liq, eventho sometimes ai akan ingat rumah, my mom, kawan2 ai yang straight, but still, ai akan berada sedekat yang boleh untuk liq.

Tak suka? Yes! ai admit.. sometimes ada jugak masa2 ai tak suka ikut liq. tension dan meradang sebab tak dapat buat apa yang ai nak. Tapi semua tu, lumrah hidup bila hidup sebumbung. [kalau tension sangat, ai tinggal liq, gi lepak kat starbucks. Layan kopi dan rileks2 baca magazine. Lepas ok, balik rumah mcm biasa.]

Maintaining a relationship isn’t easy. serious payah.. aite? kalau jenis yang setia, masih juga rasa susah sebab mungkin berdepan dengan masalah komunikasi. Mungkin juga dalangnya adalah uols LDR.

Ai pun tak terkecuali. Kalau dulu ai kat KJ, liq kat wangsa maju susah nak faham hati masing2. walaupun weouls dah sedia maklum minat dan kesukaan memasing. Weouls susah nak maintain happy. Ai pulak, gigih turun naik lrt tiap2 petang.. haha.. sekarang ni, duit bayar bil maxis pun kurang, duit nak spend utk travel lrt lagi la kurang.

Last but not least, wud ai can say is ai believed that liq could do better day by day, and be faithful to me. Kalau ditakdirkan weouls tak bersama lagi, ai harap dia temui orang yang lebih baik dari ai dan juga ex dia..


Sekian.

Tuesday, June 16, 2009

[Sauna]

www.huongque - Sauna4 Pictures, Images and Photos


Hola!

Arini ai saje pilih topic sauna..

1st time dalam hidup, ai masuk sauna dengan bilik stim [sila jgn fikir bilik lucah]

Yang malunya ai masuk bilik nih, ai bawak towel kecik.. [confirm ai tak berkemban ok?] walaupun ai dengan liq berdua sahaja.. tapi ai sorang je yang half berkemban.. [sila bayangkan ai dengan towel dan juga shirt..]

Masa mula2 masuk, puhhhhhlamakkk!!! Ai rasa nerbes.. cuak! Tak blei bernapas.. so, liq pun kata “rileks.. jap lagi boleh bernafas..” kalau tak boleh, katanya “dia ada untuk bagi oksigen!” [poyo! Dia bukan duduk pun dalam tu, dia tido]

Lepas beberapa minit, ai ok lah.. tetiba ada orang laen masuk.. syukurrrr sangat!!! Sebab ai pakai shirt.. [lalalala]

Masa minah tu masuk, dia pi curah air lagi banyak dari liq curah.. makin la panas kan?! Time tu tetiba ai rasa kulit2 ai kerepot.. owhhhh!!! Tidak!!!

Mungkin disebabkan kepanasan bilik terbabit, ai rasa darah ai disedut.. jam2 tu jugak ai meraba.. owhh.. alhamdulilah.. ai tak kerepot.. air dalam pipi ai sahaja disejat.

Masuk bilik ke 2.. iaitu bilik stim

Mak datukkkkk!!! Ini bilik stim ke bilik nak membunuh orang?

Liq kata bilik ni memang awal2 dia panas, nanti lama2 air yang memancut mcm hujan renyai2 tu berhenti sendiri..

Ai pun try duduk.. pergghhh.. vontot ai panas.. cam ner nak duduk? Adesss.. duduk aje lah..

few second, ai tak tahan.. serious.. ai bukak jugak la baju.. puuuhhhhhhhlamakkk.. dah basah giler kat bilik nih.. [liq kata bilik ni best, memang ai setuju walaupun lencun] tak lama dari tu, weouls pun keluar.. [selamat!! sebab kemungkinan make luv dalam tu pun ado 20 peratus kebarangkaliannya kalau duduk lelama]


so, next time ai nak pakai towel liq, liq pulak pakai towel pendek.. sure dia lebih nampak hot! Kekeke.. [nakal tui nexus]

sila sambung kerja anda.. babai..

Monday, June 15, 2009

[Cadbury Bournville]



Semalam.. nexus tidak kecewa.. jeling2 cokelat, dapat jugak sambar..

Owhh.. ini 1st time nexus makan ceklat Cadbury dark choc!.. sedap laa… [tu aje ai nak bagitau. Sila lah mencuba, kalau blom cuba..]

Err… ada jugak orang tu mintak sikit.. ~lalala~ nexus ada simpankan plastic aluminium kaler gold untuk “dia” ekekekek… [gurau je, tak sampai ati nak abiskan tanpa bagi kat dia.. selalunya kalau cokelat suku masuk mulut ai, separuh lg masuk dalam mulut dia.]

So, ai gumbira syudah.


Anyone ada nak suggest ai try cokelat lain? selain [godiva, patchi, the obrama, Cadbury, dan hershey’s]



Bye!

Sunday, June 14, 2009

[Roket!]

Morning gurls..

Semalam lepas gi gym, ai membontoti liq gi Times Square. Liq nak cari roket la.

Tapi tak jumpa, sudahnya ai gi bli donat.. first bite, uols nak tau tak? ~puhhhhhlamak!!!~ Manis giler! Ai rasa cam nak runtuh semua gigi2 ai nih..



Tapi ai heran, liq makan cepat aje abis.. ai plak??? terkial2 gak nak ngabiskan [sebab manis].. nyesal tak bawak air botol 100 plus kat gym tadi..

Tak pe.. next time ai tobat nak beli lagik.. better bli j&co atau big apple!

Ehh! Motif ai tulis ni, ai nak mintak tolong sape2 yang mak bapak dia parti DAP yang ada roket nih, sila hubungi ai. Ai nak beli.. ai tau harga dia seploh hengget je..




Ai nak hadiahkan tuk liq. yang sibuk dok usung nexus ke hulu dan ke hilir cari roket.. [kalau roket tu boleh bawak ai ke bulan kan bagus!] ~lalala~


notakepalasengal : nexus saje nak bergurau.. nexus tau liq cari rocket sebenar! huhu.. [sorry yer honey!]

Saturday, June 13, 2009

[Damai Service Hospital]

Gurls,

Early in the morning.. [sila jgn percaya] I woke up and charge my lappy.. and continue take a nap.. [no no no.. it’s more than juz take a nap..]

Ai gerak dari umah menuju jalan ipoh jam 8.30 pagi. Setelah gagal dalam membuat date dengan spital kerajaan, ai pun angkat jari hantu, seraya berkata “kau ingat kau sape?” kan?!

Terus liq memujuk ati nexus untuk pi hospital damai.. alhamdulilah.. hospital ni lagi canggih (ada wifi) dari pakar puteri (JB), lagi murs berbanding pakar puteri.. [mcm keji sangat spital pakar puteri tu kan?] tapi memang keji sangat2 pon.. ai bayar mahal2 tapi service mcm siput. Wifi pun tak de. [memuji DSH & memang selayaknye dia mendapat anugerah 25 tahun berkhidmat!]

It’s true babe, pakar puteri (JB) tu, besar memang lah! Equipment dia memang canggih.. tapi bab consultation dari doc tu yang ai rasa nak hempas dan pijak2 + muntah! Ubat lagi mahal dari DSH.

Pendek kata DSH lagi bagus servisnya, equipmentnya dan layanan nya! [Panjang tak kata apa2 pulak tadi..]

So, sape2 org JB ada masalah kronik acam ai nih.. ai sajez uols jgn pi pakar puteri! [Wahh!!! Boikot tak ingat!, padahal nenek ai dah beratus2 ribu perabis duit kat situ]

Sekian..




Notakepalasengal : nok, uols tau tak? Liq cakap ai kat fitness first tu mcm nyonya kayuh beskal.. adoiyai.. liq ingat bini dia yang keding nih mampu nak kayuh lelaju gak nyer.. dah la kaki ai selalu problem.. iskkk.. tak patut betui dak liq tu..

tak pe, ai terima ayat tu.. [dia jugak yang dok ramas2 selalu dalam pada mengkeji ai. Tak malu kan liq tu?! ]

Friday, June 12, 2009

[Disappointed]



Why? Cuz it’s killing me again and again..

a month ago as I’m paying really high for my health [it didn’t last until today], I tot the nightmare is gone forever! But shaitttt.. [in proper ways.. but still the bad words yang keluar] i’m facing da same old story..

like no ending one lor..

ai cuba dail no 03-9415 5555 tuk buat appointment esok pagi, end up ai frust.. selagi ai tak dapat surat refer ke situ, ai tak boleh buat appointment. Unlike [daym] private sector [eat my money], surely ai can walk with the nose up to the hell..

astaga..

arini ai tak puasa sunat.. lupa pulak hari jumaat.. sempat mencarut lagi pulak tu..

paiseyhhh.. ^_^”

sorry gurls.. ai bad mood sket.. terkadang, perkara yang menyakitkan kepala ni buat ai stress seharian.. mood pun larikkk..

it’s been couple of days oredi that I’ve been hurting by the same problem..

I dunno lah wud to do.. tido pun sekarang tak sesedap dulu.. terjaga sebab sakit..


End of discussion. [Wanna kiss my dino..]

[Jerebu @ Jelebu?]

Morning everyone!

Harini dah jumaat.. kejap je kan dah sampai tengah bulan nam?

Malam tadi liq balik dari gym dia terus lepak baring nengok langit..

Tetiba dia berkata “sayang, nengok tu(sambil menunding jari kat awan yang gelap).. jelebu kan?!”.. ekekek.. ai gelak setan utk ittew.. sebab ayat sebenar adalah jerebu..

But I don’t think dat it is jerebu lar.. as in newspaper few days ago.. See my link below

New Str8 Times

it’s not haze..

ntah la labu.. ai baca NST.. kalau depa tipu, ai pun salah statement la ni kan?!

So, ai bangun pagi mcm ala2 dekat genting la pulak.. seronot.. tak seronot, dunia tetap menjadi tua..



Notatengahsengal : Dah 2 hari tak keluar rumah.. harap2 ai selamat dan tak disampuk dengan apa2 penyakit.. aminnnn!

Thursday, June 11, 2009

[Thinking of You]



Gurls, arini ai sangat blur.. serious no jokes..

Mungkin terlampau banyak sangat fikir sampai ai rasa letih. [biar lah ai fikir ttg liq, tenang sikit hati nih]

Liq sekarang masih di office! upsss.. lepas tu dia terus masuk gym..

Lewat malam nanti baru dia balik. Ai boleh kira berapa kali sebulan dia gi gym. Ekekek.. sian la hai dak liq tu tak cukup masa tuk diri sendiri.. [shane suka sangat panggil dak liq.. tapi ai nih, dia tak pulak panggil dak nexus. Matured sangat ke ai berbanding liq?] terkedu sekejap. Huhu..

Malam tadi tetiba liq bagi ai soalan cepu emas.. “nape sayang suka saya?”

Ai punya la elaborate pepanjang nak ambek ati dia [dengan niat nak suruh bawak ai gi jj esok].. tetibe ai terasa bercakap sensorang.. huhu.. ni bukan kes luar biasa.. dah biasa ai cam nih. Tapi ai tetap sambung bercakap sampai ai pun tertido..

Pagi2 bangun, ai gelak sendiri..

Ai sendiri tak menyangka, kadang2 perkara yang liq suka buat tu yang menarik perhatian ai. Nak kata weouls banyak persamaan, satu je dalam sepuluh yang sama.

Tapi yang merapatkan weouls tu banyak gak la. Kadang2 liq paksa jugak ikut dia supaya ai tak terasa terabai..[benda ni yang susah ai nak buat, tapi ai buat jugak demi liq]

Liq suka karoke.. --> ai heret laptop.
Liq suka futsal --> ai kat rumah pegang senapang. Aiyarkk!!!
Liq suka kuar lepak ngan kengkawan --> ai suka lepak makan chappati.
Liq suka rokok --> ai suka cokelat [semalam jeling2 je cokelat, takut nak beli depan liq, kat rumah pun still ada cokelat sebenarnya, Cuma ai tak berani nak abiskan, takut liq kempunan]
Liq suka nengok wayang --> ai suka pop corn!
Liq gemar lagu2 rock --> sakit telinga ai, ai keji lagu yg dia suka.. ~lalala~

Ya! liq memang sangat menarik perhatian ai..moga tuk 3, 4 @ 5 tahun di hadapan, liq masih lagi teman sebantal ai, penunggang setia ai.. upss! peneman setia ai walau di mana ai berada..



Sekian cerita pengubat sakit kepala nexus. Babai..

Wednesday, June 10, 2009

[ Kiasuland!]

Ai refer to Singaporean ok? Tak de nak singgung sape2.. but this is the fact..

Ekonomi m’sia ni sememangnya tak kan membawa kita ke mana2.. [dalam hati, tapi ai tetap maintain kuar jejalan nih. Tak jugak buat savings. Cam ner tu?! Adess.]

Ai notice tepung, roti dan apetah lagi gula nak naik kos. Ieya ke?! Nape kerajaan tak bagi sabsidi lg nih? Adoiii..

Dah la roti tu faveret ai.. walau naik seploh sen pun ai kira tau!

Hmm.. last week masa otw balik kl dengan my uncle & aunty, ai sempat lagi tanya pendapat theyouls. Ok tak if ai nak migrate since ekonomi m’sia ni tak memberangsangkan. And the answer is.. “it’s not ok”. Cause ai ada orang tua yang tak berapa nak muda lagi dah.. and I’m the youngest.. [again!]

Sian ai..

Meh kita buat comparison sekejap..

If today myr 2.42sen = 1sing dollar..

Don’t u think it is far better living in Singapore?

If clerk kat Singapore $1500 x 2.42 = Rm 3630

M’sia kerani still rm 1500 aite??

Nampak tak??? Nangis ai duduk kat sini.. huhu.. [dulu gi aussie pun baru 2.5 je sedollar. Sekarang 2.84 nok!]

Bukan ai tak bangga duduk kat m’sia.. bukan ai tak jealous nengok orang ada banglo 2 bijik.. tapi apa kan daya? M’sia Negara maju, tapi rakyat.. still.. tak kan boleh hidup senang mcm Singaporean yang kiasu tu!

Ikhlas dalam ati, nengok orang yang terdekat, punya susah nak membangun.. yang mana kaya, terus kaya. Yang mana miskin, terus miskin..

Ai fikir.. liq pun tak kan faham ape yang ai ndak.. walau tak berhutang dengan mana-mana pihak sekrang nih, ai pun nak rasa gak berhutang walau tak banyak..



Sekian..

p/s untuk liq : saya tetap akan setia walau merantau gi Negara orang sekalipun.. ai will always luv u bunny!

Tuesday, June 9, 2009

[My Gf Emotional]

Hi gurls,

Hv uols taken ur lunch? Harap2 semua dah kenyang.

As per mention topic diatas adalah untuk orang2 yang emosi mcm ai nih. ~lalala~

1st scenario.
Tetiba salah sorang member nexus tanya “kenapa wife dia encourage dia, go out with her fwen and suddenly this week, she change her mood to very bad.”

then ask me what does she mean? Dia dah pusing2 kepala sebab bini meradang..

So, dis is me : nexus.. ai jawab “gurls need attention!” betul tak labu?

2nd scenario.
Liq pun kekadang buat nexus jadik mcm situasi nih..

Best describe ai emo pada waktu2 period, dan jugak bila stress sebab orang. Kadang2 bukan la ai sengaja cari pasal dengan liq. Cuma tak kena pada waktu.

Bila kenang2 balik apa yang buat ai gaduh time liq bercuti dengan kawan2 dia @ dia kuar dan balik lambat sebab jumpa kawan2 dia, memang tak kena pada waktunya..

i.e : Di awal persetujuan,memang la ai bagi green light liq pergi dengan rela hati. At the same time, sape tau kan masa2 kecederaan nexus ditinggalkan tu ada ceritanya? yang mendatangkan upset pada nexus. Aite?

E.g : hari ulangtahun arwah papa nexus pergi. [mesti nexus sedih sebab liq tak ada]. Tak pun, hari nexus exam [liq tak ada jugak] tak pun, hari nexus nak balik jb untuk jangkamasa yang lama [liq tak ada untuk dinner sama2]

Kadang2 benda ni kecil. Tapi kalau sape tak kenal orang yang busy mcm liq tu, sure uols assume ai ni ngada-ngada @ lebih tepat queen control. Owh! Ai tak kisah, tapi ai percaya pd diri, yang ai nih bukan seorang yang kuat pegang remote control. Seriously, even tv sebesar2 gajah kat depan mata ni pun, ai tak bukak seharian ini kan pula nak main remote control liq yang ada 3 nih. [sila tanya liq untuk kepastian]

Ya! tak dinafikan untuk orang yang bukan LDR, memang siksa kalau ada partner busy [silap2 haribulan, ada pulak kekasih glup! Huhu..].

Ai kenal liq masa LDR pun macam2 yang liq tak boleh nak faham kenapa ai kejap2 berubah fikiran.[nama pun baru couple, tentulah ai nak perhatian] So, bila dah serumah, tak menjadi masalah nk bagi perhatian tuk ai lagi dah. [kalau dulu, dia buat tatau je la bila gaduh]

Ai rasa semua partner ada situasi camtu. gf meroyan sebab tak dapat sepenuh perhatian. Tul tak labu? hehe!

Ai harap uols berjaya tempuhi saat2 getir bersama-sama partner memasing. Ingat monyet! Gf emo bukan sebab dia meroyan ke hape, tapi dia nak perhatian!

Eheheh..


Sekian..




Notakukukakiku : Hah! Satu je ttg perangai liq. dia masih tak boleh kawal emosi “bila nexus khusyuk ngadap laptop”. Jgn tak tau, liq tu pun pandai merajuk gak! Hehe..

Monday, June 8, 2009

[Tak Berasap]




Yer.. malam ni gas habis..

Setelah 3 bulan duduk dengan liq baru gas tu nak habis.. ~lalalala~ ai lah yang selalu goreng nugget, sausage, drummet ayamas, Maggie mee [sebulan sekali], masak air. Itu saje yang ai repeat sampai gas tu habis. Ehehehe..

Masak jugak namanya kan? Harap kan liq, sebulan dalam 2-3-pat kali je dia masak.. hebat lagi nexus yang masak air tiap2 ari.. kan labu kan?

Bila ada occasion saje buah ati ai akan masak.. esp on my buffday, celebrate hari2 penting dan nyambut tetamu datang. [ai bersyukur liq pandai masak. Senang kerja ai.. Yey!!!] :p

Liq tak de nih.. dia gi futsal. Lama2 ai mcm malas pulak nak membontoti liq gi futsal.. [upsss! Huhu.. amponnn.. bukan tak best, tapi ai suka duduk rumah. Layan Nescafe sambil main mafia wars..] ekekekek..

Lepas ni every weekend ai follow liq gi gym.. pergghh! Terujaz sungguh nak folo dia.. jgn ai flat sebelum waktu syudah.. ai ni nampak je cergas tapi sebenarnya lembik.. adess..




sementara tunggu liq balik nih, ai nak jadik zombie kampong pisang sekejap!


Babai..

[Rancangan 3R]


Hola! evening everibadi!

Semalam rancangan ni kembali ke udara. Seronok gak la nengok walau mata tak berapa nak khusyuk.

Bagi ai, tak semua orang faham akan privacy yang dimaksudkan tu..

Tul tak? Hehe! ai pun terkadang menceroboh privacy liq.[i.e tengok document dia dalam lappy ai nih & nengok gambar2 anak buah liq dalam hp dia] tapi sebenarnya perbuatan ni salah walaupun liq tu partner ai & tak ade sebarang rahsia diantara weouls.

Actually benda ni tak elok kalau ikut rules sebenar dalam relationship.. kan labu kan?

Tapi ai main terjah je.. kuikuikui..

Satu je la ai nak sentuh pasal privacy. Even ai bersekedudukan [ai tatau betui ke idak ayat tu] dengan liq, tapi banyak benda yang weouls tetap ada privacy memasing skrg nih..

Tapi enCik liq juga kadang2 main terjah aje masuk toilet time ai mandi <-- tak elok tu nakal2.. hehe!

Ai pasti semua orang kadang2 ada sikit la perangai gegiler kongkong partner dengan begitu gigih.. sampai partner tu rasa dah tak ada privacy walau sititik nila. [like my old fwen I kenal kat fs. masa tu ai single and she said : each time ai txt mesej dia, sure gf dia reply utk dia, balik je check msg my fwen. my fwen sampai terpaksa emptykan txt box dia semata2 kerana aweks..] bukan takat tu saje dia tak de privacy. Even untuk family pun, dia tak ada masa kerana turutkan kata2 bini..

Kesian…

So, uols yang budiman, tak elok sangat tu kalau tak bagi partner anda ruang. Celah mana lagi kan dia nak ada ruang kalau segala-galanya kita control. Silap2 haribulan, terlalu queen control, anda diceraikan..



Selamat hari Isnin semua.. babai..

[Gossip tang rihanna]


Sos


Hai gurls,

Uols baca paper ker? Ai gugel2 ternampak la si rihanna nih..

Ape cer konsert dia erk? Jalan ke tak jadik? Bolei ke dapat refund?

Apa pun yang berlaku.. nasib baik ai tak beli tiket konsert rihanna.. lagipun cer dia masuk paper cam erkk!!.. no komen.

Lagu dia memang ai suka la.. memang best, cuma perangai dia tu ai tak berkenan. Mcm tak professional langsung.

[tetiber teringat dak black dalam mentor, merajuk dengan sifu dia. LOL.. burok ahh perangai cam tu.. dah la black tu lelaki. kuikuikui]

[refer pd kehidupan sengetians pulak]
Selama ai dengan liq, kalau gaduh sekalipun ai rasa soal seks ni tak pernah jadi isu. [Alhamdulilah]

Ape tah lagi gaduh sampai nak publish gambar2 lucah..

mebi ai dulu.. [masa mula2 berpacaran dengan liq, ai nakal sikit] ada la kot send gambar, tapi mujur liq jenis tak menyimpan.. huhu.. [matie la kalau dia buat back up tempat lain..]

Hah! Jadinya pengajaran arini, kalau dah make luv tu.. jgn la cuba2 snap pict, @ buat movie tuk simpanan peribadi. Akibatnya nanti, sendiri yang tak tertanggung malu.


Sekian..

Thursday, June 4, 2009

[Baik! Itu nexus]

Salam..

ai rasa segar harini.. uishhh.. baru baik demam sikit tapi selera mengalahkan orang yang sihat..

ai bangun kol 8 terus capai diary.. siap tulis, terus gosok baju.. basuh baju nak balik jb..

upss.. tapi bukan arini, ai balik esok pagi yer kengkawan..

cer ai yang tak berapa nak complete, lepas ai baik demam nih.. ai pi makan..



sesudah makan, pergi juga mencapai sepeket.. dan sebotol..



wah! gembira sudah.. lepas ni big apple pula menunggu.. [menunggu je, belum tentu ai pi beli. kekeke :p ]




sekian.

happy holiday sekali lagi ai nak ucapkan untuk diri ai.. ~lalalala~


babai..

ehh.. nanti dulu! ai nak ucap trimasey untuk cik dian atas kata2 semangat.. cececehh.. terus baik demam sebab cik dian pesan kat liq suh jaga kekasih bebaik.. ekekekek.. :p yer! trimasey trimasey.. ai masih belum berkesempatan ketemu kalian esp cik picky..

!! juga belum dapat date sebenar nak buat bbq. !!

harap bersabar..

tirai berlabuh dulu ya. have a pleasant day everibadi!

[My faveret vid]

vid tuceng ni ai ambek masa dekat chogm villa. [sila abaikan suara latar ittew sebab itu bukan sore tuceng sebenar. ittew adalah sore tuceng olok2..]

ai rasa mebi tuceng ni tuceng overweight[obesity] kot. sebab nengok dia boroi semacam je.. huhu..

[cecepat ai meraba perut.. ish.. lepas ni kena gi gym dengan liq] motif? ~lalalala~

sekian.

Tuesday, June 2, 2009

[New Baby Born!]



Oh ya.. definitely bukan anak ai..

Congrats to enCik liq, dia baru jer dapat anak buah no 3 pagi tadi.. wahh!!! Hepi tui liq tu..

Anyway, pagi tadi lepas breakfast bersama-sama buah ati.. ai menuju ke Kompleks Antarabangsa dengan tujuan nak attend interview. Mesti uols pelik, apesal internship ai siap ada interview bagai.. [company germany ni nak kan orang sangat2.. push ai suh buat intern awal, mana ai bley terima. Kalau ai dah defer sem nih, sem depan la jawabnyer ai masuk]

So, ai pun balik la dengan hati, pi apply tempat lain. Liq pun dah approved pindah ke yap kwan seng. Kalau tidak, memang dekat sangat la ai pi keje dengan dia, breakfast dengan dia.

Oh! Ttg trip ke langkawi, sangat seronok sampai ai letih.. ai tak mampu nak bercerita panjang. Sekrang ni pun ai tengah tunggu anak buah. Nak bawak dia pi klcc, Berjaya times square, mid valley dan yang sewaktu dengan nya. Ikut kelaratan ai menjadi baby sit 2-3 arinih..

Weekend ni liq ke utara, ai ke selatan. Weekdays ni memang ai akan sibuk dengan family.. upss.. cerita pasal family, ada jugak kakak ipar ai terasa sebab ai dah jarang gi umah dia. Aduhai.. nasib lah.. badan ai nih tak mampu nak belah sampai 4.. itu lah kan? Nama pun family, tak mampu ai nak puas kan hati semua kakak2 ipar..

Apa pun, congrats sekali lagi tuk kakN & kakShu yang baru menyambut anniversary yang ke seploh.. moga kekal bahagia hingga akhir hayat.. [tetiber je ingat partner ai tu, dapat ke weouls kekal selama yang bolei? Huhu.. insyaAllah lah..]