Monday, October 3, 2016

[Spring uols!!!]

Assalamualaikum.

kabare?! mmmm... salam maal hijrah korang!!

agak lama juga nexus ambil masa nak type next entry dari bulan august. macam ni la hidup. nexus tak punya waktu yang panjang untuk diri sendiri apatah lagi untuk yang tersayang. (family)

nexus biasa dengar orang yang dah berkeluarga sebut, "senang la single tak perlu fikir anak, laki bagai". if you were in my shoes, you'll know how hard i am to be there for my family.

ok abaikan..

so here i am!. what's new? apa progress korang? dah hujung tahun nih?


diawal tahun dulu nexus pernah aim untuk follow simpan ikut hari. ini membuktikan half year nexus berjaya dan another half year nexus sebok perabiskan duit gaji pi bercuti. kah kah kah.. itu sangat lucu. nampak sangat tak komited nya nexus disitu kan?

agak comel bila tengok baki duit dalam wallet. wakaka!

ok. cerita ni tak berhenti setakat disini.. ambil lah pengajaran yer kengkawan. korang kalau nak selamat, force savings kat A*SBF je. bagi yang ikut patuh shariah, anda digalakkan abaikan cadangan itu.

#brigthonbeach

dimana nexus sepanjang september sementara liq bercuti bersama keluarga? me and the rest of the team (officemate), pergi kbv naik bas. 20 jam cik adik oi! nanges tau!!! hahaha.. tambah satu jam lagi nexus boleh sampai new york naik flight. hamek kau! bila balik KL, nexus & the rest of the team naik flight. alhamdulilah. tapi apa pun, nexus join juga sebab katanya nak team bonding. tapi hampeh sebenarnya. sumpah tak de istilah team bonding. nexus sekadar kerbau dicucuk hidung. ikut je lah. tapi ada juga insiden nexus jalan sensorang. (disusuli liq marah) apa pun, enjoy gak jalan sorang-sorang. lepak minum kopi sensorang. team bonding hilang tapi habiskan sisa-sisa masa di kbv alone lepak minum kopi. gitu! kah kah kah.. siapa nak bagi sponser kan gi bercuti? lenjan aje lah.. cuma don't expect luxury trip. it's just 2 star. tapi bagi nexus, alhamdulilah. kerana Allah dah beri rezeki tersebut (disponser)

yer! sebelum tu nexus dah ke kbv bulan 5 dengan liq dan duduk hotel lebih baik sedikit berbanding yang office sponser. dan bersama 2 nebers nexus. yang mana sangat seronok dengan pengalaman jatuh masa berkayak. betul, tak tipu.. sampaikan nexus rasa sebak bila terkenangkan waktu dengan liq. hidup berdua, banyak ragam. nak-nak liq jenis yang sangat la comel susah nak kata. bercuti dengan liq, semuanya yang terbaik dia buat. nikmat mana lagi yang nexus nak dustakan?

dan demi Allah, nexus rasa bersyukur dan sangat bersyukur lebih dari apa adanya. biarpun kadang-kala liq tinggalkan nexus dan bercuti bersama kawan-kawan dia, nexus rasa kepuasan tu lebih bila nexus dapat apa yang nexus mahukan. sumpah! best bila balik dari kbv, nexus marathon balik kluang jumpa orang tua dan 2 hari selepas tu nexus travel alone ke #Vic mencari diri sendiri. hari ke 2, lewat malam baru liq sampai dan jumpa nexus kat hotel. seronok sangat diberi kepercayaan berada dibumi kanggaru seorang diri.

"don't compare my progress with others". itu yang nexus selalu pegang bila sedih. sebab once nexus fulfill keinginan nexus, everything else doesn't matter to me anymore.

last but not least.... apa yang nexus belajar sepanjang ketiadaan liq, "belajar untuk rehat, jika nexus rasa penat/lelah" don't push yourself too hard until you've been defeated.

sebab bila kita penat dan menangis, waktu tu ter-sangat-lah rugi. tiada siapa yang mampu gantikan apa yang kita hilang. (orang push nexus keje macam orang gila, dan nexus rasa tertekan sangat sebelum hilangkan diri gi bercuti) do not trust people who always take an advantage on you. sekadar ungkapan luahan rasa hati yang kering dan buat bodoh. (ni pengalaman pahit sepanjang september 2016) till then.. don't let others do the same to you ya?! kejar bahagia/impian korang!



#spring


#bye! assalamualaikum!



Saturday, August 13, 2016

[A notes in August]

assalammualaikum.

wah! lama juga tak update.

mungkin ada yang tertanya dimana nexus?  yer, nexus masih disini muhasabah diri. agak pahit nak kongsi kan..

rasa kalau korang ada life macam pelangi, bersyukur lah. rantaian hidup nexus masih belum jumpa pelangi saat ni. mungkin Allah tunda disuatu masa akan datang.  Wallahu a'lam

ok harini nexus nak cerita santai je... emmm.. sebab malas. biasanya kalau tengah serabut/stress ramai orang akan pilih untuk makan dan keluar cari tempat hipster untuk tenangkan diri.

nexus tak nafikan. tapi bila nexus lalui sendiri.. ya Allah.... hidup tak keruan, makan ke mana, tidur ke mana... haha! first time rasa tertekan. ok.. sedar sendiri akhirnya.

boleh nexus katakan.. hingga semalam nexus berdiam diri dan telan segala caci maki tengking orang atasan. nexus akui hampir tewas..

ada la a few kawan yang nasihat cari kerja lain, yang suruh stay pun ada juga. apa yang nexus buat... nexus cuba selesaikan masalah tu sendiri dan keep on hanging there........................ hurmmm..

memang mudah orang nasihat. tapi tak semudah tu bila sendiri alami. perit oiiii!

hah! abaikan cerita sedih tu.. harini sepatutnya adalah hari kami bersantai di langkawi*kedah. plan dulu macam-macam nak buat ngan liq. nak gi skytrek lah. nak lepak kat private villa. nak pi lepak pantai.. akhirnya... kami tewas.

harini nexus kena keje dan hari isnin liq kena keje, tak lei cuti. hmmm.. cun! jinx!. double high five!.

nasib la tiket gi balik sorang rm 20. takde la rasa kelat/payau bagai..



since kitorang dah tau kena keje on the date, maka liq pun bawak la hati nexus yang tak keruan nih.. kitorang enjoy moment kat genting, mengopi & slush green tea. (peringatan: tempat hipster gini kena expected la harganya mercik ya?!)

rembat dari IG liq. hahaha! nexus memang suka slush mocha green tea. tapi tidak bagi budak liq.
harga ice cream ni bersamaan 3 kali duit lunch nexus. omg!!! tapi sedap bangat!!!!

matcha latte ni ngan ice cream dark choc + rose diatas boleh didapati di third*waves bangsar south

oh ya! appreciate life as it happens. because why? moment will never repeat the same history.

so, untuk korang, nexus wish kalau korang nak buat apa pun, buat lah bila mana korang masih sihat. tak payah tunggu orang paut bahu, baru nak bangun dan kejar impian. do what you love!. nexus tak punya option tu sekarang sebab ada komitmen for life. if one day nexus financially free semula, i would love to go free once again!!! enjoy life yang mana nexus tak perlu komited dan terikat pada kerja 9-6pm.

menjadi hamba Allah yang serba kekurangan ni, nexus impikan untuk letak jawatan dan kejar akhirat. in Shaa Allah. jika diizinkan satu hari nanti...

ok! jumpa next entry ya?!

take care korang! salam :)