Tuesday, May 21, 2013

[Kisah Benar]

ada sebuah cerita dimana seorang nenek tinggal degan anaknya.

nenek ini mempunyai 11 zuriat dan salah seorang anak nya meninggal dunia pada usia muda dan masih budak lagi.

Allah kurniakan 10 orang anak terdiri dari 6 lelaki dan 4 perempuan. hidupnya sebagai suri rumah sepenuh masa cukup mewah.

sepanjang hidupnya nenek ini rajin mengaji, tilawah dan pernah beberapa kali dinobatkan sebagai ibu mithali. tak putus rezekinya mungkin sebab dia pemurah dan baik hati sewaktu usia mudanya.

dalam hidupnya, tak pernah kurang kasih sayang utk anak2 dia yg berjaya, x kurang juga yg hidup x berapa berjaya. kasihnya tetap berpanjangan sehingga memberi tempat tinggal dia pd anak lelaki yang satu itu. dengan alasan anak lelakinya boleh menjaga nenek ini bila dia uzur kelak.

hari bertemu hari. bulan berganti bulan. namun x nampak batang hidung anak yang satu masa dulu ditatang, dipuja, dimanja. yang tinggal hanya harapan dan seorang anak yang setia.

kesemua anak2 yang berjaya satu demi satu meninggal dunia. anak2 yang baik mendapat serangan jantung. anak nya yang baik mendapat cancer.

tinggal hanya 5 lelaki dan 3 perempuan.

bila nenek yang saya simpati ni tidak lagi ingat untuk uruskan dirinya, ramai anak dan cucunya bertempiar tak mahu lagi mendekati dan menziarahi dirinya.

Allah Maha Besar.

sewaktu beliau didatangi musibah, ada anak sulung disisi menemani tanpa ada keluh kesah.

sewaktu beliau sakit, tercirit satu rumah, masih ada anak yg setia

sewaktu beliau dimasukkan ke dlm wad, masih ada 3 anaknya yg setia.

persoalan : dimana anaknya yg mendapat harta hibah yg diberi?

kasihan nenek ini.

bila anak2 mewah dan duduk dirumah batu, dia duduk kesejukkan didalam rumah yang atapnya bocor.

rumah yang satu masa dulu membesarkan 10 anaknya kini hanya tunggu rebah sujud ke bumi.

syurga itu terletak dibawah tapak kaki ibu ye kawan2.


moralnya : walau anak 10, belum tentu hidup diakhirat mendapat doa dari 10 orang anak.

p/s : kita ni yang tak ada zuriat, senget lagi tegar jg ibu bapa sebaik2nya dan jangan lupa buat amal jariah lebih sikit.

2 comments:

fabulousasya said...

That is soooo true. 1 org ibu bole jaga 10 org anak. Tp 10 org anak belum tentu bole jaga 1 org ibu. Ini memang fakta, bukan auta ;)

nexus_fms said...

Kan? Btui btui..