Sunday, August 4, 2013

[Bunch of Joy]

Bismillah..

Alhamdulilah. wiken ni nexus sangat2 gembira dengan rezeki yang datang bergolek2 dan kawan2 yang datang menggembirakan hati nexus.

lewat malam Jumaat nak masuk Sabtu, kami semua berkumpul diluar. maklum lah, biasanya kami berkumpul dirumah je sebab senang nak solat.

topik memang tak lain dan tak bukan, isu kami-kami juga.

walaupun ianya hanya cerita kami, tapi si pendengar (nexus) tetap ketawa sampai pecah perut.

Alhamdulilah. malam tu, ada org belanja nexus keropok lekor, fries. Allah gerak kan ati dia. hehe.. syukur!

malam semalam pun sama, rezeki nexus dpt makan ikan siakap, tom yam dan ayam sekor tergolek. sedap! kali ke 2 dpt makan kat rawang.

terima kasih Allah. terima kasih kawan-kawan.

harini acik dan angah (SIL) ajak buka sama. alhamdulilah..  mungkin Allah bagi nexus upah lepas berdoa.

note : [bersedekah menjamu orang berbuka puasa, besar ganjarannya.] asalkan tak membazir, cukup.

tinggalkan isu rezeki nexus disitu, kita tengok isu jiwa kacau.

nexus saban hari tengok orang posting pasal jiwanya kacau. meh nexus citer, dulu pun jiwa nexus kacau bilau ngan office/sedara mara. tapi bila nexus kembali pd Allah, nexus tak perlu tulis dh kat facebook sebab sakit ati kena sound. nexus rasa, bila nexus solat, nexus rasa tenang dan lapang dada.

sampai kan harini ada je ex office-mate nexus ngadu pasal office kat nexus. syukur, nexus tak lalui detik stress tu lagi. malah nexus dijadikan sebagai panduan agar deyol dapat tune ke aura positif. Alhamdulilah. gembira dapat tlg kawan-kawan.

nexus ni sebenarnya bukan la baik sangat. Allah pun tau isi hati nexus setiap kali ziarah mekah. tapi sebab kawan nexus tu dapat manfaat berkawan ngan nexus, sampai harini nexus jadi tempat dia merujuk isu2 kerja, nexus rasa syukur. at least ada juga guna nya nexus ni pada kawan-kawan.

ramadhan yang terakhir ni, memang nexus bekerja keras qada solat. Syukur sebab Allah gerak kan hati nexus sejak mula ramadhan nexus mengisi masa sebaik mungkin beribadah. tahun ni adalah tahun terbaik bagi nexus. Nexus rasa all out mengisi tabung akhirat tanpa perlu tunggu mama ingatkan.

terima kasih Ya Allah kerana menggerakkan hati ini untuk sujud dan tunduk pada mu.

Semoga ada ramadhan lagi untuk nexus pada tahun depan. Amin!



No comments: