Tuesday, September 17, 2013

[It's about me. family. and. day.]

Bismillah.

first of all, alhamdulilah... tirai family day ditutup dgn seribu kesyukuran dan kegembiraan.

best! sebab anak2 buah semua happy termasuk mother nature.

mula nak masuk zoo pepagi sabtu tu, sedikit kekecohan berlaku.. biasa la abang nexus memang suka buat nexus sakit jantung. last2 dari dia cancel plan, terus tukar on jugak.

segalanya smooth bila dah sampai kota singa. tak lama pun kat zoo sebab dah tengah hari baru dapat masuk.

biasa lah, anak buah yang over berbanding orang2 tua dia. jenuh nak kawal. eh jap! mak cik dia hepi siut dapat tgk otter! nanti iols update video. giler kiut!!! arghhh!!! agak lama juga nexus terpaku kat situ. ada binatang kesukaan nexus iaitu wallaby. lepas ni nak paksa liq gi zoo kota singa. hehu!

actually nexus yang syok cuci mata masa dinner sup tulang merah. masa tu makan kat arab street. pergh! park kete dekat2 ngan satu tempat namanya eat and play cafe. nexus nampak a few plu. tiber dalam hati terdetik, best nye kalau jenjalan ngan liq nih. huhuhuhu.. kebetulan ada gig kat situ. best dowh! mana nak dapat kat kl nih? abang nexus tak masuk tido awal sebab area kitorang ada live band. giler best! maklum la malam ahad.

cuci mata jugak la seminit dua bila nampak couple senget.

tak berapa sedap sangat kat M.A Deen

masa kat immi nak balik pun jumpa smart butch. serious je dia keje.. tak tau la dia ada gefren ke tak. tgk orangnye kurus je. biasa orang kurus ni single. tapi bukan la looser. yer lah.. mana tau dia busy kerja kan? tiber aiols buat andaian dalam hati. LOL!

haihh!!! 

masa kat USS nexus tak main. nexus teman mother nature jalan2. dia jalan, dia shopping. nexus tukang hulur sgd dan angkut barang dia shopping.

lain betul kalau jalan ngan liq.. huhuhu.. ada satu cookie monster tu nexus nak beli, tapi takut anak buah ambek. so, nexus tengok dari kejauhan dan hati yang sayuuuuu sangat. tak pe la.. lagi 3 bulan nexus datang dan bawak balik. yes!

yang cookie monster kecik belah kanan tu menambat ati nexus XD

kalau ikut umur nexus memang tak sesuai la ngan menatang2 comel2 nih. of kos lar.. tapiiiii... jangan korang tak tau... yang menatang2 ni jugak la dibuat main bila ada orang datang umah liq. contoh coreng nexus tu.

malam ke 2 nexus makan kat area bugis junction. not much la yang best. err.. restoren cina muslim. makan cu chong fun. apa tah. tapi nasi lemak dia sedap gak. overall ok la.

kak farie dan kak ct la suka benar kat situ. sebab borong beg murah, fridge magnet dan baju budak2. nexus pernah pegi situ tahun 2010 tak silap ngan sengetians. kat situ jugak la kitorang borong FM.

lepak (penat) tak usah cakap la.. masuk USS dari kul 9 pagi sampai kul 7 lebih dia tutup baru kitorag balik. perghh!!! toksah citer. memang anak2 buah enjoy. atuk dia pun enjoy shopping. fengsan!

third day masing2 tak la bangun awal sangat sebab memang penat. check out kul 10 sambung gi paragon, sebab kak farie nak shopping henbeg. kakak ipar den lagi sorang tak bunyi la sebab abang cik ai tak bg green light shopping... aiolssss mampu tgk je set lego ngan terkulat-kulat. gerammmmmm. arghh!! murah nya!!! why la! why!!!  (ada certain set lego lebih murah dari mesia)

dalam ati... tunggu lagi la bulan 12 nanti, akan ku borong set lego idamanku!!! (nexus takut nak beli, anak buah ada 4 yang dok pandang muka makcik dia. seram!!!)

ni salah satu kegilaan

lepas lunch kat vivocity, baru la kitorang beransur balik ke jb. kul 3 gerak dari kota singa kul 1 pagi baru sampai rumah sebab anta mother nature balik dulu (sangkut kat senawang jangan citer la. huhu).

last but not least, i had a great time with my family. =)

sekian.

No comments: