Friday, September 27, 2013

[My Journey]


salam..

harini dalam fb kakS* ada posting pasal.... cuba korang baca. serius hati kecil nexus ni sedih.


meh nexus citer pengalaman sepanjang niaga 4 hari ni. macam2 orang nexus jumpa.

1) first sales tak banyak. seribulebih je. nexus deal dengan orang keje p*etronas. dia tak kenal nexus, nexus lagiiii tak kenal dia. nexus kena hantar barang sampai serdang. jauh dari wm. sampai sana, nexus kena cari kedai mamak yg dia bgtau sebab takde parking kat komuter serdang katanya. korang bayangkan. dalam letih2, ngantuk perasaan nexus cepat naik marah. tapi nexus buang perasaan marah tu, selawat banyak2. lepas tu tau apa nexus dapat? buah stoberi dan buah jambu 2 biji. Alhamdulilah. betapa gembiranya nexus sebab stoberi tu faveret nexus.

2) nexus tersepak batu dan berdarah sebab tak pakai kasut masa nak pos barang. :( tapi nexus selawat dan sabar. last2 dapat beli ice cream hd ********* ********.  MasyaAllah. hamba bukan nak riak, tapi jelas Allah tu Maha Pemurah.

3) nexus tertinggal document (umpama buku bank) dalam teksi. kepala lutut macam nak tanggal. memang nexus selawat banyak2. dengan harapan pakcik teksi tu tak bawak lari. susah wei nak gi report polis. banyak $ nak kena keluar bila report polis. setiap document berharga. (i learn my lesson dy) nexus tak boleh buat kerja banyak sangat dalam satu hari sebab terlampau letih boleh jadi macam2. syukur Allah masih lindungi nexus.

4) ada pakcik india tu sangat gembira bila nexus hulur bantuan. i'm totally happy to see him smile. korang cuba bayang, nexus dah jauh 15 tapak pun dengar dia duk ulang2 terima kasih.. terima kasih.. terima kasih.

sedih nexus.. apa lah sangat dengan bantuan kecil nexus tu sampai dia sungguh2 ucap terima kasih.

5) ada adik sorang ni sangat gembira dapat cokelat ******. hurmm.. kesian nya. korang mesti tau nexus suka beli cokelat godiva. yang jauhhhhhh jauhhhhhh jauhhhhh.. hurmmm.. melayu kita tu yang gembira ngan cokelat yang tak seberapa. tersentuh hati nexus dibuatnya.

bersyukur juga nexus adanya liq disisi. sebab ada rumah selesa, kereta selesa.. Alhamdulilah. terima kasih yer my dear lalique.

6) nexus niaga barang harini last day untuk minggu ni sblm balik jumpa mother nature, dapat lak satu barang tu kemek.. memang sedih sebab tertipu ngan orang yang nexus kenal. dada rasa sebak. tapi tak pe la.. dugaan.. overall sales nexus 4 hari ni 6K. tak pe la rugi sikit. nanti cari lain.

ada lagi 2 cerita.. tapi cukup lah setakat 6 cerita buat peringatan nexus bila nexus jadi jutawan satu hari nanti.

.... ni hanya ada dalam kotak hati kecil nexus...
"nexus pernah berdoa nak jadi kaya, beriman dan bertaqwa. pernah juga tiap2 malam fikir bila nexus dikapankan. adakah adik beradik, saudara-mara, sahabat2 semua mendoakan? atau mcm mana jenazah nexus diuruskan. hitam ke muka? atau busuk ke nexus masa mati nanti? haish! ni semua ada dalam kotak fikiran nexus. 

sila abaikan "hati kecil nexus berkata sendirian"


apa yang nexus tulis ni, pengalaman nexus sendiri minggu ni. dan nexus sangat gembira sebagaimana customer2 nexus gembira bila ada hamba Allah nak buat kuih cheq mek molek. perasaan gembira mcm orang tak pernah makan. tiber sedih! thank you Ya Allah. sebab hadirkan saya kawan2 yang baik hati.


buat kawan2 saya.. lalaerinaerizliqkakshukakNeidadipikihazakeyonekorijawnazminkancilslaygp dan lain2 yang nexus kenal "nexus doakan korang murah rezeki dan berada dalam lindungan yang Maha Esa"

Selamat berhujung minggu korang. nexus balik kampong 4 hari. =) will miss you guys so much!

5 comments:

Safi said...

Lala jugak no satu.haha... Ok, sbnrnya lama nk tnya nape guna mother nature ???

Yuks u teruskn usaha okeh. I pun dlm situasi yg sama.

Anonymous said...

seriouly sgt tersentuh terharu & sedih = ternanges bile bace entri nie...
i pecaye u akan jdk lebih kaya & berjaye cik...dan moga2 kte2 sume selalu mendapat perlindungan dari-Nya...Amin...

p/s:fall down seven times,get up eight...ok cik... :)

-ekorijaw-

nexus_fms said...

Bicu : siapa nombor satu x penting. Yg penting semua sebaris.. means semua no 1 ;)

Nama mother nature tu saja je. Abg2 nexus je tau nexus memang sebut mother....+ nature. ;p

Hm!

Terima kasih ;)

I jatuh tersepak batu la.. x mo la smpi 8 kali.. sakit. Uwaaa!!!

Anonymous said...

Same2 kaseh cik... ;)
Erkk...jatuh tesepak batu ker rupenye...ceitt...jahat batu tue kan menyakiti kwn sy nie...dushh...dushh...

-ekorijaw-

nexus_fms said...

ha'ah.. sepak batu terus berdarah ibu jari kaki kiri nih.. siann nexus. ;p