Halu frenos,
korang sihat? nexus alhamdulilah.. sihat sokmo!
last friday, nexus ambek kesempatan balik kampung tumpang abang nexus dari Gemas. sementara family liq pun berkumpul kat kl nih, nexus pun lari balik sekejap.
jalan?? uishh memang jem la. mujur dari gemas balik ikut jalan dalam sampai tangkak sebelum masuk highway.
tak sangka ramai juga aunty uncle yang balik kampung wiken lepas. dapat la kumpul2 dan borak panjang. juadah memang dari hujung ke hujung meja. penuh!
satu pengalaman yang baru bila pagi Ahad tu nexus dapat kutip satu biji durian. kehkeh.. nak dijadikan cerita, nexus cuak bila dengar daun kering bunyi (mak nexus cakap mmg banyak mengkarung kat kebun). takut punya pasal sebab tak tau binatang apa yg sedang perati nexus, lintang pukang la nexus berlari balik sampai termasuk dalam parit. kuang kuang kuang.
tak sakit badan masuk parit tapi kaki nexus luka. sampai hari ke 3 ni tak baik lagi. hadoi!
cerita pasal isu luka dalam hati pulak, nexus pun ada pengalaman tak best. sampai harini nexus tak dapat maafkan aunty nexus yang kat tropicana tu. entahlah. ada hati hitam yang masih nexus tak dapat kikis dari dalam diri ni. puas dah kot nak let go perasaan tu. hurmm.. korang ada ke tips nak maafkan dan lupakan?
berbalik pada cerita nexus. last week nexus dapat orderkan kurma berkilo2 untuk mak nexus. alhamdulilah. siap sampai depan pintu lagi. terima kasih sesangat pada kakshu sebab bg jalan mudah utk nexus beli. kurmanya sedap & murah. puas dan gembira bila tengok orang tua excited terima kurma.
sebab apa nexus cakap murah?, buah kurmanya memang berjemana. recomended sangat bagi yang nak kumpul saham akhirat.
setakat ni, itu je la yang mampu untuk diberi pada jemaah masjid. moga2 ada lagi rezeki nexus untuk join next charity. saya sangat bertuah dikelilingi network yang awesome. Alhamdulilah!
jumpa lagi next entry!
#okbai!
No comments:
Post a Comment