Saturday, August 13, 2016

[A notes in August]

assalammualaikum.

wah! lama juga tak update.

mungkin ada yang tertanya dimana nexus?  yer, nexus masih disini muhasabah diri. agak pahit nak kongsi kan..

rasa kalau korang ada life macam pelangi, bersyukur lah. rantaian hidup nexus masih belum jumpa pelangi saat ni. mungkin Allah tunda disuatu masa akan datang.  Wallahu a'lam

ok harini nexus nak cerita santai je... emmm.. sebab malas. biasanya kalau tengah serabut/stress ramai orang akan pilih untuk makan dan keluar cari tempat hipster untuk tenangkan diri.

nexus tak nafikan. tapi bila nexus lalui sendiri.. ya Allah.... hidup tak keruan, makan ke mana, tidur ke mana... haha! first time rasa tertekan. ok.. sedar sendiri akhirnya.

boleh nexus katakan.. hingga semalam nexus berdiam diri dan telan segala caci maki tengking orang atasan. nexus akui hampir tewas..

ada la a few kawan yang nasihat cari kerja lain, yang suruh stay pun ada juga. apa yang nexus buat... nexus cuba selesaikan masalah tu sendiri dan keep on hanging there........................ hurmmm..

memang mudah orang nasihat. tapi tak semudah tu bila sendiri alami. perit oiiii!

hah! abaikan cerita sedih tu.. harini sepatutnya adalah hari kami bersantai di langkawi*kedah. plan dulu macam-macam nak buat ngan liq. nak gi skytrek lah. nak lepak kat private villa. nak pi lepak pantai.. akhirnya... kami tewas.

harini nexus kena keje dan hari isnin liq kena keje, tak lei cuti. hmmm.. cun! jinx!. double high five!.

nasib la tiket gi balik sorang rm 20. takde la rasa kelat/payau bagai..



since kitorang dah tau kena keje on the date, maka liq pun bawak la hati nexus yang tak keruan nih.. kitorang enjoy moment kat genting, mengopi & slush green tea. (peringatan: tempat hipster gini kena expected la harganya mercik ya?!)

rembat dari IG liq. hahaha! nexus memang suka slush mocha green tea. tapi tidak bagi budak liq.
harga ice cream ni bersamaan 3 kali duit lunch nexus. omg!!! tapi sedap bangat!!!!

matcha latte ni ngan ice cream dark choc + rose diatas boleh didapati di third*waves bangsar south

oh ya! appreciate life as it happens. because why? moment will never repeat the same history.

so, untuk korang, nexus wish kalau korang nak buat apa pun, buat lah bila mana korang masih sihat. tak payah tunggu orang paut bahu, baru nak bangun dan kejar impian. do what you love!. nexus tak punya option tu sekarang sebab ada komitmen for life. if one day nexus financially free semula, i would love to go free once again!!! enjoy life yang mana nexus tak perlu komited dan terikat pada kerja 9-6pm.

menjadi hamba Allah yang serba kekurangan ni, nexus impikan untuk letak jawatan dan kejar akhirat. in Shaa Allah. jika diizinkan satu hari nanti...

ok! jumpa next entry ya?!

take care korang! salam :)





No comments: